Surau Al-Mizan, Bandar Bukit Tinggi, Klang adalah surau sementara
bertempat di tingkat bawah, Blok C , Jalan Batu Nilam 15, Bandar Bukit Tinggi, disediakan oleh pihak pemaju Labur
Bina Sdn Bhd.
Ianya telah mula digunakan oleh para jemaah Bandar Bukit Tinggi Fasa
4 (berdekatan Pandamaran Jaya) pada bulan Mac 2002, setelah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Penaja dengan dipengerusikan
oleh Nazir Masjid Ar-Rahman Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.
Dengan keluasan surau yang menyamai 3 buah rumah, derma dan wakaf daripada
orang ramai serta bantuan dari Pusat Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), maka surau tersebut dapatlah digunakan
dengan selesa sehingga ke hari ini (mempunyai fasiliti asas yang lengkap).
Biro-biro diwujudkan bagi tugasan menjaga kepentingan surau sama ada dari segi kebersihan dalaman dan
luaran ataupun keselamatan surau dan jemaah. Kelas-kelas pengajian diadakan untuk para jemaah dari pelbagai peringkat usia
antaranya kelas Iqra’ & Al-Qur’an, kuliah maghrib dengan jadual bulanan dan ceramah jemputan bersempena hari
atau bulan yang tertentu dalam Islam. Tidak ketinggalan ibadah-ibadah lain seperti Qurban & Aqiqah, kenduri dan tahlil
arwah dan lain-lain.